suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keganasan rumah tangga meningkat selepas perintah berkurung diperkenal di Perancis

Kes paling tinggi dilaporkan di Paris, sebanyak 36 peratus panggilan aduan diterima. Foto: HelpGuide.Org.

POLIS Perancis mencatatkan peningkatan aduan berkaitan keganasan rumah tangga sejak perintah "lockdown" dikuatkuasakan di negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner berkata pada Khamis kes aduan berkaitan keganasan rumah tangga dan masalah keluarga meningkat sebanyak 32 peratus.

Kes paling tinggi dilaporkan di Paris, sebanyak 36 peratus panggilan aduan diterima.

Castaner berkata jumlah kumulatif aduan pula sebanyak 225,000 kes.

Presiden Emmanuel Macron mengumumkan perintah lockdown selama 15 hari bermula 17 Mac, susulan penularan wabak Covid-19.

Mengikut angka terbaru Kementerian Kesihatan, Perancis mempunyai hampir 30,000 kes disahkan dengan kira-kira 1,700 kematian manakala dianggarkan 5,000 pesakit sembuh. - BERNAMA.

Covid-19, Perancis, rumah tangga

Artikel Lain