suria

Koronavirus: Hospital siap dibina 10 hari di Wuhan rawat pesakit pertama

Hospital itu sudah mula merawat pesakit dijangkiti koronavirus.

SEORANG mangsa jangkitan koronavirus menjadi pesakit pertama menerima rawatan di sebuah hospital di China yang baru beroperasi selepas siap dibina selama 10 hari.

Hospital Houshnshan dan sebuah lagi hospital dengan 1,500 katil yang akan dibuka minggu ini, dibina pekerja binaan dengan cepat ketika jangkitan koronavirus menular di Wuhan.

Pesakit pertama itu tiba di hospital terbabit kira-kira pukul 10 pagi Rabu, lapor media tempatan.

Namun laporan itu tidak mendedahkan identiti pesakit itu dan kondisinya.

Pekerja binaan bertungkus lumus menyiapkan hospital tersebut.

Seramai 1,400 doktor, jururawat dan kakitangan turut ditugaskan di hospital tersebut.

Hospital itu dibina seramai 7,000 pekerja binaan membabitkan tukang kayu, tukang paip, juruelektrik dan ramai lagi.

Kira-kira separuh daripada bangunan dua tingkat itu dijadikan wad pengasingan.

Ia juga dilengkapi 30 unit rawatan rapi. - Metro.co.uk

koronavirus, hospital

Artikel Lain