suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angka korban wabak koronavirus di China meningkat, cecah 425 kes

Para penumpang memakai topeng muka sebaik tiba dari Shenzen di Stesen MTR Lo Wu di Hong Kong. Foto:Anthony Wallace/AFP

ANGKA korban wabak koronavirus di China meningkat kepada 425 orang selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 64 kes kematian baharu pada Selasa.

Dalam kemaskini hariannya, angka yang dikeluarkan suruhanjaya kesihatan di Hubei iaitu wilayah paling teruk terjejas, juga menunjukkan peningkatan mendadak dengan 3,235 kes baru dicatatkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan melebihi 20,400 kes berdasarkan bilangan yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat sebelum ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan koronavirus sebagai kecemasan kesihatan global.

Wabak ini muncul pada Disember lalu, dipercayai berpunca dari pasar yang menjual hidupan liar di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei.

Sekurang-kurangnya 151 kes dilaporkan di 23 negara dan rantau lain, termasuk Jepun, Thailand, Singapura, Amerika Syarikat dan Britain.

Sementara itu, Filipina mencatatkan kes kematian pertama di luar China akibat koronavirus. - CNA

koronavirus, China, korban

Artikel Lain