suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jijik! Polis kantoi hidu seluar dalam kanak-kanak sewaktu melawat rumah yang ingin dibeli

Rakaman melibatkan anggota polis itu. FOTO: ABC15.

PERBUATAN jijik seorang anggota polis yang menghidu seluar dalam seorang kanak-kanak terbongkar menerusi satu rakaman CCTV.

Anggota berusia 50 tahun itu dilihat menggeledah almari pakaian sebelum menekup seluar dalam pada wajahnya.

Dia berada di rumah yang terletak di Pheonix, Arizona, Amerika Syarikat untuk melawat kediaman berkenaan yang mahu dibelinya.

Dalam rakaman sama, dia dilihat kembali ke bilik itu buat kali kedua untuk melakukan perkara sama.

Akhirnya, dia sudahpun ditahan dan dilucutkan jawatannya.

Menerusi perbicaraan mahkamah, dia mengakui ia merupakan perkara paling bodoh yang pernah dilakukannya.

Mahkamah juga mengarahkan agar dia menjalani pemeriksaan mental dan diletakkan dalam pemerhatian.

Dalam pada itu, dia mempunyai rekod bersih sepanjang 20 tahun berkhidmat sebagai anggota polis dan tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah. - Daily Star.

polis, seluar dalam, rakaman

Artikel Lain