suria

Anjing mata satu lahir di Thailand, disamakan dengan karakter kartun Minions

Anjing mata satu yang diberi nama Kevin. FOTO: ViralPress.

SEEKOR anjing yang dilahirkan dengan satu mata di Chachoengsao, Thailand dianggap sebagai haiwan ajaib.

Disamakan dengan karakter kartun Minions, anjing berusia dua hari itu diberi nama Kevin dan kini dijaga oleh seorang individu.

Menurut pemiliknya, Somjai Phummaman, 45, dia akan menjaga haiwan berkenaan seperti ahli keluarganya sendiri.

"Kami nak bela anak anjing ini sampai dewasa.

"Semua orang kagum dengannya dan anggap anjing ini sebagai pembawa tuah.

Kevin diberikan susu oleh pemiliknya. FOTO: ViralPress.

"Ramai yang kata ia kelihatan seperti karakter kartun," ujarya.

Dalam pada itu, foto Kevin yang sedang disuap susu dalam botol turut menjadi tular dan menarik perhatian ramai.

Menurut pemiliknya, anjing itu tidak dapat menyusu secara normal, memaksa mereka memberi susu menggunakan botol.

Malah, lebih menggembirakan apabila penduduk kampung turut mengalu-alukann kehadiran anak anjing itu yang dianggap sebagai pembawa tuah. - Daily Star.

anjing, kevin, minions

Artikel Lain