suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sewa billboard gergasi untuk iklankan diri, jejaka solo terima lebih 1,000 permohonan untuk jadi kekasih

Billboard yang mengiklankan Mark di Manchester. FOTO: SWNS.com.

ENGGAN lagi hidup sunyi tanpa pendamping di sisi, seorang jejaka tampil dengan idea kreatif untuk mengiklankan dirinya.

Mark Rofe, 30, dari Sheffield, England, menyewa sebuah billboard gergasi di sebuah jalan di Manchester untuk mencari pasangan baharu.

Hasilnya, dia menerima lebih 1,000 permohonan gadis yang mahu berkenalan dengannya.

Kata jejaka itu, dia semakin terdesak memandangkan Hari Kekasih akan tiba tidak lama lagi.

"Saya cakap pada kawan, betapa susahnya guna aplikasi cari jodoh. Saya berjenaka untuk letakkan wajah pada billboard.

"Kami ketawa mengenainya tapi ia merupakan idea yang bagus," ujarnya yang membelanjakan £425 (RM2,298) untuk iklan berkenaan.

Tambanya, billboard itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan lebar enam meter.

Malah, dianggarkan 460,000 individu akan melalui jalan tempat billboard berkenaan dipasang pada setiap minggu. - Daily Star.

Mark Rofe, cari jodoh, iklan, billboard

Artikel Lain