Ibu panik anak patung berhantu pulang semula ke rumah selepas dibuang - Dunia | mStar

Ibu panik anak patung berhantu pulang semula ke rumah selepas dibuang

Anak patung Elsa itu berada di perkarangan rumah meskipun sudah dibuang.

SEORANG wanita percaya anak patung Elsa dalam filem animasi Frozen milik anaknya berhantu apabila tiba-tiba boleh bercakap dan menyanyi dalam bahasa Sepanyol meskipun suis kuasa ditutup.

Perkara itu dikongsi Emily Madonia dari Houston di Facebooknya sehingga menjadi tular.

Menurut Emily, anak patung itu diterima anaknya sebagai hadiah sempena Krimas bulan lalu.

Panik dengan situasi itu, Emily dan suaminya bertindak membuang anak patung itu.

Namun lebih menakutkan, Emily mendakwa anak patung itu masih berada di perkarangan rumah mereka, bukan sekali tapi dua kali.

"Suami saya membuang anak patung itu tiga minggu lalu dan kami menjumpainya semula di atas kerusi kayu.

"OK... kali ini kami membungkusnya di dalam plastik dan membuangnya di dalam plastik sampah lain untuk dikutip bersama sampah-sampah lain," kata Emily.

Emily dan keluarganya kemudian pergi bercuti.

Namun sebaik saja pulang ke rumah, keluarga itu terkejut apabila melihat anak patung itu berada di dalam kawasan rumah mereka. - Mirror.co.uk

anak patung , Elsa , Frozen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain