suria

Kejam! Budak 3 tahun cuba halang ibu bunuh adiknya sebelum turut terkorban

Henry mengaku membunuh tiga anaknya.

SEORANG budak lelaki berusia tiga tahun bertindak mencakar dan mencubit ibunya untuk menghalang wanita itu daripada membunuh adik perempuannya sebelum dia turut  mengalami nasib sama.

Zane Henry dilaporkan turut menjerit 'Tidak' dan menumbuk Rachel Henry, 22, ketika wanita itu menekap muka adik perempuannya, Mireya Henry yang berusia setahun pada malam Isnin.

Beberapa minit kemudian, bayi itu tidak memberikan respons balas dan disahkan meninggal dunia.

Henry yang juga pembantu jururawat dari Phoenix di Arizona bertindak mengejar Zane sebelum mengasarinya sehingga mangsa meninggal dunia.

Dokumen mahkamah yang dilihat Fox10 mendakwa Henry kemudian menekap tangannya ke mulut Zane sebelum menyanyi sebuah lagu kepada anak sulungnya itu.

Henry turut didakwa membunuh seorang lagi anaknya berusia tujuh bulan, Catalaya Rios.

Dia kemudian mengaku bersalah membunuh tiga anaknya.

Siasatan awal mendapati Henry berada di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan dia berada di luar kawalan. - Metro.co.uk

ibu, bunuh, anak

Artikel Lain