suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tersalah masuk kawasan, sekumpulan gajah mengamuk kejar singa di taman negara

Sekumpulan gajah yang mengamuk di Taman Negara Kruger Park, Afrika Selatan.FOTO: Brent Schnupp.

CUKUP dikenali sebagai raja rimba, namun kehebatan singa seolah-olah tercabar menerusi satu rakaman tular.

Dalam video itu, seekor singa tersalah masuk ke sebuah kawasan dikuasai sekumpulan gajah.

Akibatnya, singa tersebut dikejar oleh kumpulan gajah berkenaan.

Singa itu juga kelihatan tidak melepaskan seekor haiwan yang baru dibahamnya sewaktu melarikan diri.

Video itu dirakam di Taman Negara Kruger Park, Afrika Selatan.

Ia dirakam oleh jurugambar hidupan liar, Brent Schnupp. - Daily Star.

 

singa, gajah, taman negara

Artikel Lain