suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katil hospital tak cukup, pesakit radang paru-paru umur 4 tahun terpaksa tidur atas lantai

Kanak-kanak ini hanya diberi katil selepas 13 jam setengah dirawat.

SEORANG kanak-kanak berusia empat tahun terpaksa tidur di atas lantai gara-gara ketiadaan katil yang mencukupi di hospital.

Little Jack Williment dimasukkan ke sebuah hospital di Yorkshire, England pada minggu lalu setelah dia jatuh sakit.

Dia kini disyakki menghidap radang paru-paru.

Ujar ibunya, Sarah, kanak-kanak itu dibiarkan terbaring di atas lantai selama beberapa jam.

Sarah turut berkongsi foto sedih itu yang mana anaknya turut dipakaikan dengan topeng oksigen.

"Jack tidak diberikan katil sehinggalah 13 jam setengah kemudian," ujar ibunya.

Dalam pada itu, ketua pegawai perubatan hospital berkenan turut memohon maaf atas kejadian berkenaan.

Ujar Julian Hartley, hanya kerusi yang tersedia pada waktu kejadian memandangkan katil hospital berkenaan sudah penuh digunakan pesakit lain. - The Sun.

Artikel Lain