suria

Gaun rosak hingga buah dada terdedah, pengantin tahan malu sewaktu acara potong kek

Pakaian dipakai pengantin mengalami kerosakan secara tiba-tiba. FOTO: Reddit.

SETIAP pengantin mahu tampil sempurna di hari bahagia mereka.

Namun, wanita ini nampaknya berhadapan detik memalukan apabila pakaian yang dipakainya mengalami kerosakan.

Sewaktu acara memotong kek, baju pengantin di bahagian dada terbuka secara tiba-tiba.

Lebih malang, dia juga tidak memakai pakaian dalam, sekaligus menyebabkan buah dadanya terdedah.

Kisah pengantin malang itu kemudiannya dikongsi di laman Reddit dan menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Selain meluahkan rasa kasihan, ada juga yang menyalahkan pengantin wanita kerana tidak mengenakan pakaian dalam disebalik gaun tersebut.

Bagaimanapun, identiti pengantin serta butiran kejadian tidak didedahkan. - Daily Star.

 

Artikel Lain