suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara dendam, wanita cipta akaun FB palsu untuk hantar gambar alat kelamin bekas pasangan kepada majikan

Jacqueline mencipta satu akaun Facebook palsu untuk menghantar gambar alat kelamin bekas pasangannya kepada majikan dan anak perempuan lelaki itu gara-gara dendam. Foto: Dailymail.co.uk

GARA-GARA dendam, seorang wanita sanggup mencipta akaun Facebook palsu untuk menghantar gambar alat kelamin bekas pasangannya ketika mereka melakukan hubungan intim.

Wanita tersebut, Jacqueline Doyle,55, menghantar gambar berkenaan kepada majikan dan anak perempuan bekas pasangannya.

Dia yang berasal dari Plympton di Devon mendakwa mangsa telah menghantar imej itu sendiri,  Mahkamah Plymouth Crown diberitahu.

Jacqueline menjadi wanita pertama yang disabitkan di bawah undang-undang yang dikenali sebagai ‘balas dendam lucah’.

Hakim James Townsend berkata: “Ini adalah kesalahan yang tidak menyenangkan yang direka untuk menimbulkan kesulitan kepada mangsa.

“Sangat tidak menyenangkan selepas anda melibatkan ahli keluarga mangsa. Anda kini berumur 55 tahun dan telah menyesali apa yang telah anda lakukan.”

Jacqueline mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mendedahkan gambar intim tanpa persetujuan dengan niat menyebabkan kesusahan pada 8 Jun dan 10 Jun lalu.

Hakim kemudian mengarahkannya menjalani arahan khidmat masyarakat selama 12 bulan dengan menjalani tempoh kurungan di rumah selama dua bulan. - Dailymail.co.uk

FB, palsu, majikan, alat kelamin, dendam

Artikel Lain