suria

Percutian idaman berakhir tragedi, isteri meninggal dunia dalam dakapan suami selepas mengadu keletihan

Zoe William meninggal dunia selepas mengadu keletihan ketika bercuti di San Francisco baru-baru ini. Foto: Walesonline.co.uk

PERCUTIAN idaman sepasang suami isteri yang merancang untuk bercuti sambil menonton perlawanan bola sepak Amerika di San Francisco, berakhir dengan tragedi apabila si isteri meninggal dunia di bandaraya itu.

Zoe Williams, 42, pada mulanya mengadu keletihan, namun mereka menyangkakan ia disebabkan penerbangan yang lama dan 'jetlag'.

“Kami bersama anak, Hayden, terbang ke San Francisco untuk percutian impian pada hari Sabtu, 26 Oktober.

“Kami tiba di hotel kami di sekitar waktu petang dan dia baik-baik saja. Kami teruja membuat rancangan untuk keesokan harinya untuk pergi dan menonton pasukan bola sepak Amerika San Francisco 49ers,” kata suaminya, Jason.

Pada hari Ahad, kata Jason, Zoe mengadu keletihan dan kelihatan bersusah payah untuk berjalan.

“Kami semua meninggalkan bilik hotel dan dia berjalan 20 hingga 30 meter sebelum rebah.

“Dia berkata dia hanya berasa letih dan mahu tinggal di hotel sahaja untuk tidur, ketika itu keadaannya baik sahaja,” ujar Jason lagi.

Sebenarnya, Zoe didiagnosis menghidap sindrom Guillain-Barré kira-kira 20 tahun yang lalu.

Ia merupakan penyakit auto-imun yang jarang berlaku tetapi serius, di mana ia menyerang sel-sel dalam sistem saraf.Dengan rawatan yang betul, kebanyakan pesakit mampu untuk pulih sepenuhnya.

Sindrom ini menyebabkan seseorang berasa lemah dah kebas, sama seperti yang Zoe alami.

“Zoe berkata dia tak mahu pergi ke Hospital di San Francisco kerana dia lebih mempercayai doktor di  Heath Hospital dan berjanji untuk terus ke sana sebaik tiba di rumah,”ujar Jason.

Tiga beranak itu sepatutnya terbang pulang ke UK pada 2 November.

Ketika sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, keadaan Zoe semakin merosot.

“Dia sukar untuk bernafas dan saya menelefon ambulans, tapi dia meninggal dunia dalam dakapan saya sebelum ambulans tiba,” ujarnya.

Jason dan anaknya Hayden akan terbang pulang pada Khamis selepas urusan penyerahan mayat mendiang selesai dilakukan.  - Mirror

percutian, meninggal dunia

Artikel Lain