suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letak kamera tersembunyi, 2 juruterbang didakwa intai penumpang dalam tandas pesawat

Dakwa Renee Steinaker, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas diminta masuk ke bahagian kokpit pesawat.

SEORANG krew kabin membongkarkan kegiatan tidak senonoh dua juruterbang Amerika Syarikat yang mengendap penumpang pesawat menggunakan kamera tersembunyi.

Menurut Renee Steinaker, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas diminta masuk ke bahagian kokpit pesawat.

Sewaktu berada dalam kokpit, dia menemui sebuah iPod yang sedang menayangkan rakaman langsung dari tandas.

Dia kemudiannya merakam foto kamera tersembunyi itu secara senyap-senyap sebelum membuat laporan kepada syarikat penerbangan Southwest Airlines.

Menurut perbicaraan di mahkamah, juruterbang itu panik apabila kegiatannya kantoi dan cuba memujuk Steinaker agar mengunci mulut.

Krew kabin itu juga kini menyaman syarikat berkenaaan kerana didakwa menerima kesan akibat melaporkan kejadian itu.

Katanya, dia menghadapi tindak balas melalui pemantauan oleh pengurus dengan cara yang mengancam dan pelik serta turut diaudit prestasinya. - Daily Star.

Artikel Lain