Isteri trauma, keranda terjatuh dan pecah, mayat suami dapat dilihat ratusan orang yang hadir pengebumian

Debbie Swales kecewa dengan apa yang berlaku ketika upacara pengebumian suaminya. -foto NCJ/MetroUK

SEORANG isteri menceritakan bagaimana hatinya hancur apabila keranda suaminya terjatuh dan pecah semasa majlis pengebumian, menyebabkan lebih daripada 400 orang dapat melihat mayat di dalamnya.

Debbie Swales, 52, mendakwa dia sangat menderita sejak mayat suaminya terdedah di hadapan beratus-ratus orang yang hadir pada upacara pengebumiannya.

Dia terpaksa mengadakan pengebumian kedua bagi suaminya, Gavin, 55, selepas insiden mengerikan itu.

Bercakap secara terbuka buat pertama kali, dia berkata pengusung keranda di kawasan perkuburan di Newcastle's West Road Cemetery menjatuhkan keranda kayu itu menyebabkan mayat suaminya dapat dilihat.

Debbie, dari West Denton Barat di Newcastle berkata pengusung yang bertanggungjawab melarikan diri dari tempat kejadian menyebabkan anak-anaknya terpaksa melompat ke dalam lubang untuk 'menyelamatkan' mayat Gavin.

"Saya hanya menangis. Penutupnya terbuka dan anak-anak melompat masuk ke kubur.

"Bayangkan ia berlaku kepada orang yang anda sayang. Ia bukan diadakan secara tertutup, 400 hingga 500 orang dapat melihatnya," katanya.

Debbie dan keluarganya terpaksa mengatur semula upacara pengebumian Gavin, yang diadakan untuk kali kedua dalam masa dua hari, menggunakan khidmat pengarah pengebumian berbeza.

Tetapi untuk ibu kepada lapan anak ini, tiada apa yang dapat mengubah keadaan.

Memori berkaitan suaminya telah dicemari dan ia adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan, termasuklah pengarah pengebumian Clark Pearson.

"Bila saya tengok Gavin dia sudah tak sama. Wajahnya tergores akibat keranda jatuh. Ia telah menghantui saya sejak itu.

"Saya tak boleh meneruskan hidup, saya lama berduka. Bukan hanya sebab mereka jatuhkannya. Sudah tentu ia adalah satu kemalangan.

"Tetapi kenapa melarikan diri? Sepatutnya bertanggungjawablah dengan apa yang berlaku dan bukan biarkan ahli keluarganya lompat ke dalam kubur," katanya.

Gavin meninggal dunia pada 2015 akibat leukemia dan kanser buah pinggang yang dihidapinya sejak 2013.

Debbie, yang juga mempunyai enam cucu telah menerima kaunseling sejak kejadian itu.

"Empat tahun lalu amat pedih untuk dilalui. Setiap kali saya melihat Gavin saya hanya terbayangkan dia dalam keranda yang pecah dengan orang ramai berlari bertempiaran dan hanya tinggal ahli keluarga untuk membawanya keluar.

"Saya tak pernah pergi pengebumian lain sejak itu walaupun kawan baik saya. Anak-anak tak boleh pergi ke kubur Gavin kerana mereka asyik terkenangkannya," katanya. -MetroUK

keranda, mayat, jatuh, pengebumian

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain