suria

Bayi ‘senyum’ lahir tanpa mata perlu keluarga angkat, ibu kandung tak sanggup jaga

Little Alexander K atau Sasha ditempatkan di rumah anak-anak yatim khas Tomsk. Foto Valery Kasatkin

PIHAK perubatan di Serbia kini mencari penjaga yang sesuai untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang disifatkan sentiasa senyum, tetapi dilahirkan tanpa mata.

Doktor memberitahu bayi berkenaan, Little Alexander K atau dikenali sebagai Sasha dilahirkan sihat tetapi tidak boleh melihat.

Pihak berubatan berkata, Sasha merupakan salah seorang daripada tiga bayi di dunia yang dilahirkan tanpa bola mata.

Ibunya dibesarkan di sebuah rumah anak yatim dan memutuskan untuk menyerahkan anaknya itu.

Hasrat tersebut disuarakan oleh ibu muda itu sebelum Sasha dilahirkan kerana bimbang tidak mampu menjaga anaknya seperti yang diperlukan.

Pada masa ini, bayi itu yang dilahirkan di Tomsk di Siberia pada April lalu dijaga oleh seorang jururawat.

Walaupun tidak boleh melihat, Sasha merupakan bayi yang sihat. Foto Valery Kasatkin

Penjaga Sasha berkata: "Tiada beza dia dengan kanak-kanak lain, dia bermain dan senyum seperti mana-mana bayi yang sihat.

"Dia suka bermain dan minat untuk berenang.

"Sebenarnya, dia seorang bayi yang sangat ceria.

Keadaan perubatan bayi enam bulan itu dirujuk sebagai sindrom SOX2 anophthalmia, satu gangguan yang jarang-jarang berlaku.

Walau bagaimanapun, doktor di Tomsk, Tatiana Rudnikovich berkata, Sasha dalam keadaan baik.

Pihak penjagaan anak angkat berkata: "Ibunya menandatangani surat keengganannya di hospital bersalin.

"Tiada maklumat mengenai bapa Alexandar dan terdapat ruang kosong pada sijil kelahirannya untuk nama bapa.

"Alexander kini sedia untuk dijadikan anak angkat," katanya.

The Siberian Times melaporkan Sasha diterbangkan St Petersburg, Rusia baru-baru ini menjalani pembedahan dengan dimasukkan bola mata kecil implan supaya wajahnya tidak terjejas apabila membesar. - Daily Star

Little Alexander K, bola mata

Artikel Lain