Gadis jatuh cinta dengan pesawat Boeing 737-800 - “Dia amat seksi” - Dunia | mStar

Gadis jatuh cinta dengan pesawat Boeing 737-800 - “Dia amat seksi”

Michele menyifatkan dia jatuh cinta pandang pertama selepas menaiki pesawat itu pada 2014.

PELIK tapi benar.

Begitulah kisah seorang wanita yang mendedahkan cinta pandang pertamanya dengan sebuah pesawat Boeing 737-800 sejak lima tahun lalu.

Michele Kobke, 30, dari Berlin, Jerman menganggap dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan pesawat itu yang dipanggilnya sebagai sayang.

Jelasnya lagi, dia mula tertarik dengan pesawat itu selepas terbang menggunakan model tersebut pada 2014.

"Boeing 737-800 amat menarik dan seksi di mata saya. Ia dibina dengan baik dan antara pesawat yang begitu elegan," katanya.

Michelle tidur bersama replika pesawat tersebut.

Berbeza dengan hubungan pasangan kekasih lain, Michele tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya dengan 'teman lelakinya' itu.

"Hubungan percintaan dengan sebuah pesawat tidak mudah dan adakalanya mencabar.

"Saya hanya boleh berada dekat dengannya setiap kali saya terbang. Tapi itu hanya berlaku sekali dalam hidup saya," katanya.

Untuk menangani masalah itu, Michele berkata dia memiliki replika pesawat tersebut di rumahnya.

"Ia seperti hubungan percintaan biasa. Kami relax setiap petang bersama-sama. Bila tidur saya akan memeluknya," katanya. Dailystar

pesawat , percintaan , Boeing 737-800

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain