suria

Seorang maut, tiga hilang... Hotel Hard Rock dalam pembinaan runtuh

Hotel Hard Rock yang masih dalam pembinaan runtuh di New Orleans, Amerika Syarikat. Foto AP

SEORANG maut dan sekurang-kurangnya 18 yang lain cedera, manakala tiga lagi hilang selepas hotel Hard Rock Casino di New Orleans di Amerika Syarikat runtuh.

Klip video menunjukkan orang ramai berlari menyelamatkan diri apabila bangunan hotel yang dalam pembinaan itu tumbang.

Beberapa tingkat di bahagian atas mula runtuh sebelum keseluruhan struktur tumbang sehingga mengakibatkan kepulan debu tebal di udara.

Seorang saksi berkata: "Bunyinya berdengung, seperti bunyi kapal terbang. Ia membuatkan saya terkejut.

"Ia kelihatan seperti konkrit yang jatuh dari atas ke jalan.

Kejadian berlaku di Canal Street, di tengah bandar di Louisiana pada Sabtu waktu tempatan.

Menurut gabenor Lousiana, John Bel Edwards, sekurang-kurangnya seorang maut dan 18 orang cedera.

Kepulan debu tebal akibat runtuhan bangunan. Foto Reuters

Superitendan Tim McConnell dari Jabatan Bomba New Orleans berkata, terdapat beberapa mangsa yang masih terperangkap di dalam bangunan.

Dilaporkan tiga orang hilang dalam kejadian itu.

McConnell berkata, sisa struktur bangunan masih tidak stabil, dan bangunan-bangunan di kawasan sekitar telah dikosongkan.

Bagaimanapun, belum dipastikan punca runtuhan bangunan.

Seorang pekerja memberitahu, seramai 45 orang bekerja di dalam bangunan tersebut ketika kejadian.

Namun, bilangan pekerja masih belum disahkan.

Hotel dengan 350 bilik itu dijadualkan dibuka pada tahun depan. - Daily Star

Hard Rock, New Orleans

Artikel Lain