suria

Terkejut ular sawa baham tikus dalam mangkuk tandas

Ular sawa yang sedang membahan seekor tikus ditemui dalam mangkuk tandas. Foto Daily Mail Australia/Daily Star

SEORANG wanita dikejutkan dengan penemuan seekor ular sawa sedang membaham seekor tikus di dalam mangkuk tandas di rumahnya.

Jane Engler, 35, dari Whitfield, Far North Queensland, Australia berasa gerun dengan kejadian pagi Sabtu.

Beberapa gambar menunjukkan seekor ular tropika itu berada di sebalik mangkuk tandasnya.

Ular sawa tersebut dilihat membelit seekor tikus sehingga mati.

Lebih mengejutkan apabila ibu seorang anak itu menemui satu bangkai tikus lain di dalam mangkuk tandas.

Namun kerana tergesa-gesa untuk ke tempat kerja, Jane mutuskan untuk mengunci ular sawa itu di dalam bilik mandi.

Jane bagaimanapun mendapati ular tersebut hilang sebaik dia pulang ke rumah.

"Ia masih di luar sana... dan itulah satu-satunya tandas di dalam rumah," kata Jane kepada Daily Mail Australia. - Daily Star

ular sawa, mangkuk tandas

Artikel Lain