suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita panik hidung anjing tercabut, jatuh atas lantai

Foto yang dikongsi menerusi Facebook pemilik anjing itu. Kredit: Jade Murray.

SEORANG wanita, Jade Murray mengakui terkejut sewaktu melihat hidung anjing peliharaannya tercabut dan berada di atas lantai.

Ujar Jade, dia sedang bermain dengan haiwan itu sebelum melepaskannya di luar rumah.

Dia kemudiannya panik apabila melihat hidung anjing itu berada di atas lantai.

"Saya fikir macam mana dia nak menghidu, dia juga pastinya sakit. Risau nak bagitahu ibu saya.

"Dengan berani saya angkat hidung itu, rupa-rupanya ia hidung anak patung permainan anjing saya," ujar wanita itu lega.

Anjing peliharaan Jade diberi nama Lenny.

Perkongsian di Facebook Jade sejak Selasa lalu sehingga kini dikongsi lebih 109,000 netizen. - India Times.

Artikel Lain