suria

Tentera AS sahkan tiga ‘video UFO’ yang tersebar adalah asli, tak patut terlepas kepada awam

Paparan skrin dari video viral penampakan objek asing di udara. -foto YouTube/To the Stars Academy of Arts & Science

PASUKAN Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengakui tiga video yang menujukkan pesawatnya bertemu dengan objek terbang tidak dikenal pasti adalah video asli.

Jurucakap Tentera Laut AS Joseph Gradisher berkata objek itu merupakan fenomena udara yang tidak dapat dijelaskan dan video itu tidak sepatutnya tersebar luas kepada orang awam.

Tiga klip yang tersebar merakam pesawat tentera berinteraksi dengan objek misteri, dipercayai UFO. Namun, ia tidak secara terperinci menjelaskan kandungan dari video tersebut.

"Angkatan Laut menjelaskan benda-benda yang terkandung dalam video ini sebagai fenomena udara tak dikenali (UAP)," kata Gradisher memetik Russia Today, Rabu.

Dia menjelaskan, UAP digunakan sebagai pengganti UFO bagi menggambarkan penampakan pesawat/objek tidak sah/tidak dikenali yang memasuki atau beroperasi di udara dari pelbagai latihan yang dikendalikan tentera.

"Kami tidak tahu apakah ia, tetapi tidak ada bukti ia adalah alien dari luar angkasa," katanya.

Video pertama (FLIR1) menunjukkan objek gelap berbentuk pil terapung selama beberapa saat sebelum bergerak pantas ke tepi.

Video lain (GoFast) menunjukkan sensor kunci pesawat mengesan sasaran yang bergerak pantas ketika juruterbang didengari dengan penuh semangat bertanya apa yang sebenarnya mereka nampak.

Video ketiga (Gimbal) menunjukkan objek lonjong yang bergerak stabil sebelum berhenti dan berputar ketika juruterbang melihatnya dalam keadaan terkejut.

Video-video tersebut diberikan kepada ke bekas pegawai risikan ketenteraan Luis Elizondo.

Dia mendakwa telah mengarahkan unit risikan UFO Pentagon, Advanced Aerospace Threat Identification Program pada 2017 untuk digunakan dalam pangkalan data ancaman udara.

Sejak itu, video-video tersebut telah sampai ke New York Times dan To The Stars Academy of Arts & Science, sebuah konsortium bekas-bekas pegawai risikan, saintis dan selebriti yang mempromosikan penyelidikan UFO dan misteri ilmu lainnya.

Pentagon berkata video itu masih perlu disekat edarannya kerana ia tidak pernah secara rasmi diedarkan kepada masyarakat umum. Namun, ia sudah terlambat dan video itu akhirnya tersebar luas juga.

UFO, tentera AS, penampakan

Artikel Lain