suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh penampakan 'raksasa' misteri dalam sungai

Objek terapung itu menggemparkan netizen.

RAKAMAN video terbaharu menunjukkan satu objek menyerupai raksasa Loch Ness bergerak di dalam sebatang sungai terpanjang di Asia.

Video itu menimbulkan perdebatan orang ramai mengenai objek tersebut selepas ia dilihat muncul di Sungai Yangtze, bandar Chinzhou, timur China pada minggu lalu.

Ramai mendakwa ia mungkin raksasa manakala beberapa individu mengesyaki objek itu mungkin serpihan.

Namun penemuan objek misteri itu kini muncul dari sudut berbeza.

Seperti video asal, rakaman terbaharu itu menunjukkan objek panjang bergerak melawan arus air sungai.

Pakar Akademi Sains China (CAS) berkata orang ramai mungkin melihat sebuah skrin nilon yang besar.

Pada 14 September lalu, penyelidik CAS Ding Li yang berkhidmat bersama Institut Biologi Chengdu memberitahu media tempatan bahawa raksasa 'sungai' itu bukan daripada spesies ikan atau pun ular.

Sebaliknya dia berpendapat ia adalah objek terapung seperti perangkap plastik. - Dailstar.co.uk

Artikel Lain