Asteroid sebesar Statue of Liberty dijangka melintasi Bumi minggu ini

Asteroid bersaiz seperti Statue of Liberty dijangka menghampiri dan melintasi Bumi pada Sabtu. -foto Getty/Metro UK

SEJAK akhir-akhir ini, Bumi kerap 'dihampiri' asteroid.

Terbaharu, sebuah asteroid raksasa dijangka melintasi Bumi dengan kelajuan 26,500mph (batu per jam). Batuan luar angkasa itu akan berada pada titik hampir dengan Bumi pada Sabtu.

Pada waktu tersebut, jarak antara asteroid itu dengan Bumi kurang dari beberapa juta batu.

Memetik express.co.uk, asteroid ini dinamakan 2019 RB3 dan kewujudannya baru dikesan sekitar dua minggu lalu.

Dengan jaraknya yang begitu dekat dengan Bumi, asteroid ini termasuk dalam kategori Objek Berhampiran Bumi (NEO). Selain itu, asteroid 2019 RB3 juga berpotensi melintasi orbit Bumi.

Ini kerana, 2019 RB3 juga berstatus asteroid Apollo, iaitu asteroid yang memiliki lebar orbit antara Bumi dan Matahari, sehingga memungkinkan ia tidak hanya menghampiri Bumi, tetapi juga melintasi orbit Bumi.

Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi (CNEOS) milik NASA berkata, asteroid 2019 RB3 dipercayai berukuran 124 kaki, dengan diameter mencapai 278 kaki.

Berdasarkan anggaran tersebut, para pengkaji menyamakan ukuran asteroid 2019 RB3 dengan Patung Liberty yang memiliki ketinggian 310 kaki.

Sejak dikesan pertama kali, asteroid 2019 RB3 terus dipantau oleh NASA. Saat bergerak, asteroid tersebut secara teratur melintasi jalur Bumi kerana mengorbit bintang.

Pengkaji menilai asteroid 2019 RB3 tidak akan membahayakan Bumi. -Gambar hiasan/aedaily

Sebelum bergerak menuju Bumi, asteroid ini memiliki zon orbit tetap di dalam orbit planet Marikh.

Setelah mempelajari lintasannya melalui 24 kali pemerhatian, pasukan pengkaji memetakan jalur asteroid ini menggunakan sistem suria untuk menghitung titik terdekatnya dengan Bumi.

"Para pakar menentukan orbit dari asteroid dengan cara membandingkan ukuran posisinya saat bergerak melintasi langit dan menjangkakan orbitnya dengan bantuan model komputer," tulis NASA Jet Propolsion Lab.

Walaupun berukuran raksasa, pengkaji menilai asteroid itu tidak akan membahayakan Bumi kerana ia sering melintasi Bumi secara teratur dan mengorbit Matahari.

Sebelum ini, asteroid ini pernah muncul dan berada dengan jarak terdekat Bumi pada 2016. Ketika itu, 2019 RB3 melintas dekat Bumi dengan jarak 33 juta batu dari permukaan Bumi.

Pada 21 September ini, jarak terdekat asteroid 2019 RB3 dengan Bumi mencapai 4.5 juta batu.

Jarak ini adalah sekitar 19 kali ganda jarak Bumi ke Bulan. NASA menjelaskan, tidak ada yang perlu ditakuti apabila asteroid 2019 RB3 dekat dengan Bumi.

2019 RB3, asteroid, NASA

Artikel Sebelum

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain