suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertelan cincin tunang gara-gara mimpi dikejar gengster

Imej imbasan sinar-X menunjukkan sebentuk cincin pertunangan di dalam perut seorang wanita. Foto Facebook/Daily Star

JENNA Evans menelan sesuatu yang tidak disangka-sangka semasa bermimpi ketika tidur.

Wanita berusia 29 tahun itu bermimpi dia menaiki sebuah tren, dan melarikan diri daripada sekumpulan gengster yang cuba untuk mencuri cincin pertunangannya.

Dia kemudian menyelamatkan cincin tersebut dengan menelannya.

Dia hanya menyedari telah menelan cincin berkenaan keesokan harinya selepas bangun dari tidur.

"Doktor melakukan pemeriksan sinar-X dan terkejut mendapati cincin saya ada di dalam perut," katanya.

"Mereka menemui cincin tersebut dan berjaya mengeluarkannnya," tambahnya. - Daily Star

gengster, cincin, sinar-x

Artikel Lain