Guru sukan bunuh diri selepas kecewa dengan teman wanita, sempat hantar mesej kepada ibu - Dunia | mStar

Guru sukan bunuh diri selepas kecewa dengan teman wanita, sempat hantar mesej kepada ibu

Jacob bersama Ciera. Foto: Jacob Standbridge/Cavendish Press

SEORANG guru sukan membunuh diri selepas membaca mesej di telefon bimbit teman wanitanya.

Jacob Standbridge,21, membunuh diri dengan melompat ke arah sebuah kereta api yang bergerak laju, 12 jam selepas berpisah dengan teman wanitanya, Ciera Barnes.

Sebelum terjun, dia sempat menghantar mesej kepada ibunya: "Saya sayang ibu sangat. Terima kasih di atas segalanya. Saya minta maaf."

Jacob yang juga seorang pemain bola sepak muda mengalami pelbagai kecederaan dan mati di stesen kereta api Sandbach pada waktu pagi 13 Oktober tahun lalu.

Jacob atau lebih dikenali Jake merupakan pemain tengah di Akademi Stoke City selepas menamatkan pengajian dalam pengurusan sukan.

Dalam perbicaraan inkues, Jacob merancang untuk melamar teman wanitanya itu ketika perjalanan ke New York.

Namun hubungan mereka goyang selepas dia mula mengambil streroid.

Kedua-dua pasangan itu dikatakan berpisah selepas Jacob menemui mesej di telefon Ciera yang tidak didedahkan.

Namun pihak koroner tidak pasti sama ada dia memang berniat untuk membunuh dirinya sendiri. -metro.co.uk

Bunuh diri , kecewa , mesej

Artikel Lain