suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita ditemui mati selepas ibu tersalah hantar emoji marah di Facebook

Shabina Miah (kiri) bersama ibunya. FOTO: Cavendish Press.
SEORANG wanita yang menghidap penyakit gangguan kebimbangan ditemui mati akibat kegagalan jantung selepas menerima emoji marah daripada ibunya di Facebook.
 
Shabina Miah, 33, memuat naik rakaman sewaktu dia menghadiri sarkas pada Februari lalu.
 
Ibunya mahu menekan tanda suka (like) namun berlaku kegagalan pada iPad sehingga dia tidak sengaja menghantar emoji marah di posting berkenaan.
 
Shabina kemudiannya mandi dalam keadaan marah dan turut menyekat akaun ibunya dan enggan menerima panggilan.
 
Ibunya bergegas ke rumah wanita itu untuk memberi penjelasan, namun berlaku pergaduhan.
 
Esoknya, ibunya menemui Shabina sudah meninggal di kediamannya yang terletak di Macclesfield, Cheshire, England.
 
Pemeriksaan mendapati dia mengalami kegagalan jantung dan turut mengambil bahan terlarang beberapa jam sebelum meninggal dunia. - The Sun.

Artikel Lain