suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan ditunda kerana juruterbang tak muncul, bapa terbangkan sendiri pesawat ke Sepanyol

Penumpang berdepan dengan kelewatan dua jam. Foto Manhcester Evening News

SEORANG lelaki warga Britain menyelesaikan masalah penumpang EasyJet menunggu lama penerbangan yang ditunda, dengan menerbangkan pesawat itu sendiri ke Sepanyol.

Michael Bradley merupakan antara pelancong yang kesal dengan tindakan syarikat penerbangan itu menangguhkan operasi, gara-gara seorang kapten tidak muncul pada Ahad.

Dia berharap dapat menaiki penerbangan ke Alicante, Sepanyol bersama isteri dan seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, sebagai juruterbang EasyJet, Michael menghubungi majikannya dan memberitahu bahawa dia sukarela untuk menerbangkan pesawat itu.

Menurut laporan Manchester Evening News, syarikatnya bersetuju dan pesawat itu berlepas dari United Kingdom. - Mirror UK


EasyJet, pesawat

Artikel Lain