suria

Kecoh! 'Air terjun' muncul dari atas bangunan di Mumbai

Limpahan air dari tangki tambahan di bangunan pencakar langit ini mengejutkan orang ramai.

UMPAMA air terjun di tengah bandar. Itulah yang berlaku di sebuah bangunan baharu di Mumbai.

New Cuffe Parade baru saja siap dan video 'air terjun' dari bumbung bangunan pencakar langit itu tular dalam masa singkat.

Dikongsi K Sundarshan menerusi Twitter dengan kapsyen, "Air terjun di New Cuffe parade! #MumbaiRains"

Dalam masa sejam ia dimuat naik di laman sosial, video berkenaan mendapat lebih 3,500 tontonan.

Netizen pula terkejut dan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat menerusi rakaman itu.

Susulan kejadian itu tular, pemilik bangunan berkenaan, Kumpulan Ludha tampil memberi penjelasan bagi meredakan suasana.

"Kami memasang tangki tambahan untuk menyimpan bekalan air. Bagaimanapun berlaku masalah hingga menyebabkan air yang diisi dalam tangki itu melimpah," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pihaknya telah mengambil langkah mengarahkan vendor terlibat untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya, insiden itu tidak menjejaskan bekalan air kepada penduduk di bangunan berkenaan kerana ia dari tangki tambahan, bukan takungan sedia ada.-indiatoday

air terjun, Mumbai, Cuffe Parade

Artikel Lain