suria

Isteri ditikam ketika tutup mata kerana percaya cakap suami mahu beri kejutan

Shaun May dikatakan menikam isterinya, Laura di leher. -foto FB

SEORANG lelaki di United Kingdom disabitkan dengan cubaan membunuh kerana memberitahu isterinya bahawa dia mahu memberikan hadiah dan kemudian menikamnya di leher.

Shaun May menyuruh isterinya, Laura May supaya memejam mata sebelum menekup mukanya dengan tuala kecil dan menyerangnya pada Oktober tahun lepas, The Sun melaporkan.

Pisau itu tersasar sedikit daripada terkena arteri penting dan Laura pulih daripada kecederaannya.

Dia memberitahu juri di mahkamah bahawa ketika kejadian, dia tidak tahu apa yang akan berlaku dan pada mulanya menyangka suaminya ingin membuat kejutan dengan menghadiahkan seekor haiwan peliharaan baharu sebelum serangan dilakukan.

Ketika pendengaran, Laura memberitahu mahkamah bahawa Shaun dalam bilik tidur berkata: "Saya ada hadiah untuk kamu. Adakah anda menyukainya?"

Laura memberitahu juri: "Saya kata ya dan dia suruh saya tutup mata dan saya melakukannya.

"Dia minta saya baring dan dia letakkan sesuatu atas mata saya, saya fikir ia adalah tuala teh."

Laura memberitahu mahkamah bahawa suaminya berjalan di sekitar bilik selama 10 minit sehingga dia naik bosan.

Kata Laura: "Dia kemudian mula menghitung dari sepuluh, sembilan, lapan, tujuh, lima, empat, tiga kemudian dua, empat, dua, tiga... Saya semakin rasa menjengkelkan.

"Dia melakukannya dua atau tiga kali, dia tidak pernah sebut kosong."

"Saya cakap kepadanya 'alangkah baiknya kalau ini seekor anak anjing' kerana kami ada berbincang tentangnya tetapi dia kata 'ia bukan anjing'" dia memberitahu mahkamah, lapor The Sun.

Shaun membawa Laura ke hospital selepas serangan itu, yang mana dia memberitahu kakitangan bahawa wanita itu mencederakan dirinya sendiri sebelum akhirnya mengaku dia adalah suami Laura.

Laura menangis ketika seorang jururawat memberitahunya bahawa polis telah dihubungi dan dia mengaku diserang.

Shaun kemudiannya bercakap dengan seorang jururawat psikiatri, yang menyatakan bahawa dia adalah seorang yang 'berwawasan dan memahami'.

Dia mendakwa merancang untuk membunuh Laura dan kemudian membunuh dirinya sendiri selepas hilang pekerjaannya dan bimbang dengan situasi kewangan mereka.

"Saya mengambil pisau dan sebelum mencederakan diri saya, saya melakukannya terhadap Laura," katanya kepada mahkamah.

Shaun akan dihukum akhir tahun ini.

kejutan, hadiah, tikam, isteri

Artikel Lain