suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu suntik bayi dengan dadah hingga mati, sorok mayat dalam peti sejuk

Amanda Oakes membunuh bayinya dengan menyuntik dadah dan menyembunyikan mayat anaknya di dalam peti sejuk. Foto Dothan Police Department

SEORANG ibu bertindak kejam apabila menyuntik dadah pada bayinya sehingga mati, sebelum menyembunyikan mayat anaknya di dalam peti sejuk kerana bau busuk.

Amanda Oakes, 36, bertindak memberikan dadah dos berlebihan kepada anak lelakinya dan kemudian menyembunyikan mayat anaknya itu di dalam peti ais hotel.

Dia kemudian beredar dari hotel tersebut.

Bagaimanapun, kakitangan di hotel di Dothan, Alabama di Amerika Syarikat membuat penemuan yang mengerikan itu dan menghubungi pihak berkuasa, dalam kejadian pada Jun tahun lepas.

Menerusi pendengaran mahkamah pada Selasa, Oakes mengaku pembunuhan itu dan mengakui dirinya di bawah pengaruh dadah ketika bayi itu meninggal dunia.

Ibu durjana itu dihukum penjara selama 99 tahun. - Mirror UK

dadah

Artikel Lain