suria

AS dakwa anak lelaki Osama bin Laden terbunuh, Donald Trump enggan komen

Hamza (kanan) didakwa sudah meninggal dunia.

ANAK lelaki kepada pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden meninggal dunia pada usia 30 tahun.

Berita kematian Hamza bin Laden didedahkan pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) petang Rabu.

Tiga pegawai mengesahkan perkara itu tetapi enggan mendedahkan maklumat terperinci bagaimana Hamza maut dan sama ada AS bertanggungjawab atas kematiannya, lapor NBC News.

Pada Februari lalu, Jabatan Negara AS menawarkan ganjaran AS$1 juta untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.

Presiden Trump berkata "saya enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu" ketika ditanya mengenai dakwaan Hamza telah dibunuh.

Kali terakhir kenyataan media oleh Hamza dikeluarkan jabatan perhubungan awam Al-Qaeda pada 2018.

Dalam kenyataan itu, Hamza mengeluarkan amaran kepada Arab Saudi dan menggesa rakyat semenanjung Arab untuk memberontak.

Hamza dilahirkan oleh Khairiah Sabar, salah seorang isteri kepada Osama bin Laden.

Dia berkahwin dengan anak pemimpin kanan Al Qaeda, Abdullah Ahmed Abdullah ketika berusia 17 tahun. - Metro.co.uk

Artikel Lain