suria

Abang tinggalkan isteri demi nikah adik bongsu, bapa kandung 'buang' dua-dua anak, harap hukuman setimpal

Paparan skrin video mengenai pernikahan sedarah. -Tribunnews

PERNIKAHAN sedarah antara seorang abang, Ansar, dan adik bongsunya, FI yang berasal dari Bulukmba, Sulawesi Selatan, tidak mendapatkan restu ibu bapa dan hampir seluruh ahli keluarga yang lain.

Ia ditegaskan sendiri oleh bapa kandung mereka, Mustamin. Dia mengaku sangat malu dengan pernikahan sedarah yang dilangsungkan oleh kedua-dua anaknya dan berharap agar mereka menjauhkan diri dari keluarga.

Dia juga mahu Ansar, 32, dan FI, 20, yang kini sudah hamil dijatuhi hukuman setimpal kerana telah melanggar ajaran agama.

Malah, katanya, jika terdapat hukum adat, dia juga rela kedua-dua anaknya itu dihukum.

"Saya tak mahu lihat kedua-dua mereka lagi. Jika hukum adat dapat dilakukan, mereka ini akan dilabu (ditenggelamkan di laut dengan cara dimasukkan dalam karung)," kata Mustamin berhubung pernikahan terlarang dua anaknya.

Jelasnya, pada mulanya pernikahan antara Ansar, anak ketiga dalam tujuh adik beradik dengan adik bongsunya tidak diketahui oleh keluarga.

Pernikahan tersebut terbongkar ketika keluarga mendapat kiriman foto dan video akad nikah yang berlangsung di Balikpapan, Kalimantan Timur pada 23 Jun lalu.

Sebelum bernikah, Ansar dan FI meminta izin untuk merantau ke Balikpapan, pada awal Jun. Ansar meninggalkan isterinya, Hervina, 28, dan seorang anak.

Selepas beberapa hari merantau, Ansar dan FI melangsungkan pernikahan di Balikpapan.

Sebelumnya kisah ini dilaporkan, Hervina membuat laporan polis kerana suaminya, Ansar didakwa telah melangsungkan pernikahan sedarah dengan adik bongsunya di Kalimantan. -Kompas

kahwin, adik-beradik, restu, bapa

Artikel Lain