suria

Penyokong Liverpool hilang selepas final Liga Juara-Juara

Macauley Negus hilang selepas perlawanan final Liga Juara-Juara di Madrid, Sepanyol. Foto Twitter

SEORANG penyokong Liverpool hilang di Madrid, Sepanyol selepas perlawanan final Liga Juara-Juara.

Warga Britain, Macauley Negus memandu ke Madrid bersama bapanya untuk bersama-sama dengan para penyokong.

Plymouth Live melaporkan bahawa pemuda berusia 23 tahun itu sepatutnya pulang pada Ahad tetapi tidak dijumpai selepas meraikan kemenangan pasukan itu.

Macauley yang berasal dari Plymouth, England dilihat kali terakhir di Goya, sebuah kawasan di Madrid pada kira-kira pukul 10.30 malam waktu tempatan.

Keluarganya kemudian membuat pengumuman mengenai kehilangan Maucaley.

Menurut satu perkongsian di Instagram milik kakak Macauley: "Hilang di Madrid! Macauley Negus dilihat kali terakhir pada Sabtu 1 Jun di Madrid. Sila hubungi saya sekiranya anda mendapat sebarang maklumat." - Mirror UK

Liverpool, Madrid, Liga Juara-Juara

Artikel Lain