suria

Komen kasar guru terhadap kerja sekolah pelajar buat ibu bengang

Guru memberi komen yang kurang menyenangkan terhadap kerja sekolah pelajarnya.

TUGAS seseorang guru membetulkan apa yang kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak muridnya.

Sebaliknya berlaku apabila seorang guru di Sekolah Tinggi Rutherford di Panama City, Florida memeriksa tugasan anak murid dan membuat komen secara kasar.

Guru tersebut tidak memberi sebarang kredit dan menyoal ‘WTF is this’?”.

Ibu kepada pelajar itu, Melinda Smith tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut.

Komen seorang guru d atas kerja rumah seorang pelajarnya.

“Apabila melihat ‘WTF what is this’, anda tahu, secara asasnya…ia bukan apa-apa yang berkaitan dengan tidak dapat kredit…ia melibatkan bahasa yang digunakan dan ditulis kepada pelajar.

“Ia sangat tidak sesuai dan tidak boleh diterima bagi seorang guru.”

Wanita tersebut mahu guru itu dihukum kerana tindakannya.

Pengetua sekolah tersebut, Coy Pilson memberitahu pegawai-pegawai daerah dan pihak sekolah sedang melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami buat kesilapan tetapi kami faham dan berada dalam standard profesional. 

“Dan apabila kita buat kesilapan, kami cuba untuk perbaiki dan berubah." - mirror.co.uk

Guru, carut, kerja sekolah

Artikel Lain