suria

Foto Instafamous bersama rakan berbadan gempal undang kontroversi

Foto Aubery (kanan) bersama rakannya berbadan gempal tidak disenangi sebuah syarikat. Foto Instagram mybetter_self

KEHIDUPAN seorang instafamous tidak sama seperti orang biasa.

Menurut seorang instafamous warga Perancis, Louisde Aubery, anda perlu berhati-hati apa yang dimuat naik kerana anda mudah membuatkan jenama atau syarikat anda bekerjasama berang anda, walaupun hanya sekeping gambar yang tidak keterlaluan.

Aubery, 21, sering berkongsi mengenai positif tentang badan di akaun Instagramnya, dengan memakai baju dalam dan menggalakkan orang ramai menyayangi diri mereka.

Bagaimanapun, dia mendakwa sekeping gambarnya baru-baru ini, yang menunjukkan dia memegang kadbod bersama rakannya yang tertera perkataan "all bodies ara good bodies (semua badan ada badan yang baik)" mengundang kontroversi.

Pelajar UC Berkeley mendakwa dia tidak dijemput ke satu lawatan media kerana gambar tersebut dan percaya ia disebabkan rakannya berbadan gempal.

Semasa berkongsi gambar tersebut di laman sosial, Aubery berkunjung ke L'Île d'Oléron, sebuah pulau di Perancis bersama sekumpulan personaliti sosial seperti dirinya untuk lawatan kesejahteraan (wellness).

Bagaimanapun, tiga hari selepas memuat naik imej tersebut, Aubery dihubungi oleh agensi yang menguruskan lawatan itu, dengan memberitahunya dia tidak lagi dibenarkan menyertai lawatan mereka.

Menerusi kiriman e-mel, ia menyebut "Berhubung posting terakhir anda di Instagram, duka cita ingin memaklumkan bahawa pelanggan kami tidak lagi mahu anda menyertai sebahagian daripada lawatan."

Pemberitahuan tersebut ternyata mengejutkan gadis berkenaan.

Bercakap kepada Insider, dia berkata: "Posting itu bertujuan untuk membantu wanita berasa selesa dengan kulit mereka sendiri, sesuatu yang saya perjuangkan di media sosial.

"Saya sedar bahawa malangnya bagi mereka, dan kebanyakan syarikat di Perancis bahawa badan bersaiz besar tidak boleh dikaitkan dengan kesejahteraan," katanya dengan nada kesal. - Mirror UK

instafamous, instagram, badan, gempal

Artikel Lain