suria

Mata pedih macam terbakar selepas guna produk cleansing water

Mata Jade seolah-olah melekat sebaik bangun tidur selepas menggunakan produk tersebut.

SEORANG pelajar perlu menerima rawatan seperti mangsa serangan asid selepas menggunakan sejenis produk untuk membersihkan solekan pada matanya.

Jade Inglis mengalami kesan pedih seperti terbakar pada matanya selepas menggunakan produk tersebut sebelum tidur.

Sebaik membersihkan solekan pada matanya tiada apa yang berlaku tetapi dia terkejut apabila mata kanannya seolah-olah melekat sebaik dia bangun tidur.

Jade, 19, menghubungi pasukan kecemasan dan dia diarahkan untuk pergi segera ke hospital dengan segera.

Doktor mengesahkan bahan kimia dalam cleansing water yang digunakannya telah memberi kesan seolah-olah seperti terbakar pada bola matanya.

Bola mata Jade mengalami kesan pedih seperti terbakar.

Semasa insiden itu, Jade terpaksa membersihkan matanya dengan air yang banyak.

"Saya rasa pedih di dalam mata, ia amat menyakitkan. Ketika mata saya bertukar hijau saya kelihatan seperti Poison Ivy dalam filem Batman.

"Saya bernasib baik kerana ia hilang selepas beberapa jam.

"Saya bimbang saya akan buta sebaik terdengar saya mengalami kekejangan di mata disebabkan bahan kimia pada produk itu," katanya. - Metro.co.uk

bola mata, terbakar, cleansing water

Artikel Lain