suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Data dalam talian dicuri, maklumat peribadi instafamous bertebaran di Internet

Kecurian data itu didakwa dilakukan syarikat dari India, Chtrbox.

SEORANG penyelidik keselamatan menemui pangkalan data dalam talian yang mendedahkan data peribadi melibakan hampir 50 juta individu berpengaruh di Instagram.

Menurut laporan TechCrunch, penyelidik, Anurag Sen menemui pangkalan data itu yang mengandungi maklumat blogger makanan terkenan, selebriti dan individu popular yang lebih dikenali sebagai instafamous/influencers.

Menurut Techcrunch lagi, data itu diambil daripada akaun media sosial dan ia membawa jejak kepada sebuah syarikat pemasaran media sosial India, Chtrbox yang didakwa terlibat dalam pengambilan data secara haram itu.

Syarikat itu bagaimanapun sehingga kini tidak memberi sebarang ulasan mengenai hal itu.

Dua tahun lalu misalnya, Instagram sendiri pernah mengakui kelemahan API mereka yang membolehkan penggodam mencuri data peribadi penggunanya termasuklah email dan nombor telefon.

Data itu mengandungi informasi peribadi dan ia turut melibatkan selebriti seperti Kim Kardashian dan Taylor Swift.

Penggodam kemudiannya menjual data itu kepada web gelap. - Daily Mail.

Instagram, influencers, instafamous, godam

Artikel Lain