suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerana gila 'like', Instafamous pecahkan hidung patung 200 tahun

Julia sebelum memecahkan patung berusia 600 tahun menggunakan tukul.

TERDESAK meraih banyak tanda suka (like) daripada pengikut di laman sosial, seorang Instafamous bertindak memecahkan hidung patung berusia 200 tahun.

Julia Slonska kehilangan kontrak pengiklanan yang lumayan akibat tindakan itu.

Aksi Julia memecahkan bahagian patung menggunakan tukul di Swiss Valley Park di Warsaw, Poland dirakam sebelum dikongsi sehingga menjadi tular.

Menerusi rakaman berdurasi enam saat itu, Instafamous itu memandang pada kamera dan ketawa sebelum memecahkan bahagian muka patung berulang kali.

Bahagian hidung patung itu pecah dan kedengaran gelak tawa daripada rakan Julia.

Bagaimanapun, tindakannya itu membangkitkan kemarahan orang ramai dan dia kemudian membuat permohonan maaf. - Mirror


Instafamous

Artikel Lain