suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bulan mengecut seperti kismis disebabkan gegaran berulang

Bulan mengecut seperti sebiji kismis kerana keraknya turut mengecil. Foto Getty

AKTIVITI seismos di bulan mengakibatkan permukaan satelit itu mengecut seperti kismis.

Pasukan penyelidik mendapati gegaran pada permukaan bulan, di mana pertama kali diperhatikan oleh angkasawan Apollo lebih 50 tahun lalu, cenderung berlaku apabila bulan berada atau dekat dengan kedudukan apogi.

Apogi adalah titik dalam orbit bulan atau satelit, ketika bulan atau satelit berada paling jauh dari bumi.

Di sinilah tambahan tekanan pasang surut dari graviti bumi yang menyebabkan puncak dalam jumlah tekanan pada kerak Bulan.

Ia kemudian mengakibatkan pengecutan di permukaan.

Enam daripada lapan gegaran bulan yang paling terbaharu direkodkan berlaku pada waktu tersebut. 

Bulan mengecut apabila dalamannya sejuk dan mengecil, seperti sebiji anggur yang kering dan kemudian menjadi kismis. - Daily Star



bulan

Artikel Lain