suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penduduk kampung gempar anak lembu lahir satu mata, tanpa hidung

Seekor anak lembu mutan dianggap sebagai keajaiban Tuhan oleh penduduk kampung. Foto SWNS

SATU rakaman video menunjukkan seekor anak lembu yang hanya mempunyai satu mata, terbaring tidak bermaya di atas tanah.

Ibu haiwan itu cuba menyelamatkannya tetapi ia tidak dapat berdiri sendiri.

Anak lembu tersebut dilahirkan di Ranaghat di Bengal Barat, India.

Bercakap kepada penduduk tempatan, seorang penduduk kampung kedengaran berkata: "Semuanya baik-baik sehingga leher, hanya kepala yang aneh."

Kedengaran suara seorang wanita lain berkata: "Saya tidak pernah dengar atau lihat seperti ini sepanjang hidup saya."

Anak lembu itu juga dilahirkan tanpa hidung.

Pemilik haiwan itu memberitahu bahawa penduduk menganggap ia sebagai satu keajaiban Tuhan.

Bagaimanapun, timbul dakwaan bahawa anak lembu mutan merupakan punca keajaiban itu. - Daily Star



lembu, mata

Artikel Lain