suria

Bayi 'ajaib' lahir selepas wanita sakit perut tanpa sedari diri mengandung

Bayi Sophia berada dalam keadaan sihat. Foto: Facebook

SEORANG wanita selamat melahirkan bayi perempuan yang dianggap sebagai ajaib.

Stacey Porter,20, melahirkan bayi Sophia Grace Johnson pada 10 Mei lalu tanpa sebarang kesakitan, malah tidak menyedari dia sebenarnya mengandung.

Ibu muda dari Falkirk, Scotland itu mengalami sakit perut dan ketika itu pasangannya, David sedang tidur.

Pada pukul 4,14 pagi, David tersedar selepas telefon bimbitnya berbunyi dan melihat 60 ‘missed call’ dari Stacey.

Selepas itu David sekali lagi menerima panggilan dari Stacey menyuruhnya naik ke bahagian atas rumahnya.

“Saya masih ‘blur’, tetapi tersedar selepas kedengaran seperti orang menjerit,” jelas David.

Sebaik tiba di atas, David mengarahnya supaya menghubungi 999.

“Ia berlaku terlalu cepat, seminit saya berada di tandas kerana sakit perut , dan selepas itu saya melahirkan bayi.

“Saya tidak tahu mengandung sehinggalah beranak,” kata Stacey.

Stacey memberitahu sepanjang sembilan bulan sebelum ini kehidupannya normal dan ada mengambil pil pencegah kehamilan.

“Saya ada juga berasa seperti berdebar tetapi menganggapnya ia berpunca daripada makanan pedas,” tambah Stacey.

Stacey juga bersyukur walaupun tidak menyedari dia mengandung dan tidak mengawal pemakanannya, bayi yang dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat. – mirror.co.uk

Bayi ajaib, tak sedar mengandung

Artikel Lain