suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sijil lahir anak Meghan, Putera Harry didedah, pilih hospital bersalin terkenal

Meghan (kiri) dan Putera Harry (kanan) bersama anak sulung mereka. Foto PA

SIJIL kelahiran cahaya mata sulung Meghan Markle dan Putera Harry iaitu Archie Harrison dikeluarkan, akhirnya mendedahkan di mana anak pasangan diraja itu dilahirkan.

Duchess of Sussex melahirkan Archie di hospital swasta Portland swasta di Westminster di England, membabitkan kos kira-kira £20,000 (RM106,193).

Melanggar tradisi diraja, pasangan itu yang tidak mengumumkan di mana anak lelaki mereka dilahirkan berkata, mereka mahu menyimpan butiran mengenai kelahiran itu secara sulit.

Banyak spekulasi timbul mengenai anak mereka dilahirkan di rumah, tetapi kini telah mengesahkan bahawa pasangan itu memilih hospital bersalin swasta.

Sijil kelahiran Archie.

Mengenai sijil kelahiran, gelaran Meghan disenaraikan sebagai 'Puteri United Kingdom', gelaran yang sama Duchess of Cambridge disenaraikan untuk anaknya, George, Charlotte dan Louis.

Sijil kelahiran itu menyenaraikan Frogmore Cottage sebagai tempat tinggal Archie.

Ia didaftarkan sendiri oleh Putera Harry pada Jumaat dan disenaraikan sebagai pemberi maklumat.

Hospital Portal dikenali kerana sering menjadu pilihan selebriti untuk bersalin, dengan sejumlah pesakit gred A disenaraikan. - Mirror UK

Artikel Lain