suria

Model IG pecah hidung arca demi naikkan follower

Julia dirakam memecahkan hidung arca bersejarah.

SEORANG selebriti media sosial dikecam selepas sebuah video menunjukkan dia memecahkan sebuah patung dengan tukul tular.

Julia Slonska turut dilihat ketawa pada kamera sebelum memukul hidung arca berusia 200 tahun yang disimpan di Swiss Valley Park, Warsaw, Poland.

Difahamkan perbuatan itu dilakukan sebagai prank dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengikut media sosialnya.

Julia kini mempunyai seramai 6,000 pengikut.

Sebaik sahaja video itu dimuatnaik di InstaStory milik rakannya, Julia dikecam netizen.

Video itu akhirnya dipadamkan.

Tindakan Julia dikecam netizen.

Bukan itu sahaja, akaun Facebook Julia juga dipadamkan dan dia tidak aktif di Instagram sejak insiden itu.

Bagaimanapun Julia memohon maaf di atas perbuatannya itu.

"Apa berlaku semalam tidak patut berlaku sama sekali dan saya amat menyesali perbuatan itu.

"Saya amat bodoh. Saya tidak mahu kata apa yang menyebabkan saya bertindak begitu tetapi saya mahu meminta maaf kepada semua," katanya.

Julia juga dilaporkan digugurkan dalam kempen pengiklanan dengan mBank, bank secara atas talian pertama di Poland. - Mirror.co.uk

Artikel Lain