suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita mengadu sakit perut, doktor terkejut jumpa 'handle' motosikal dalam rahim

Handle motosikal ditemui di dalam rahim mangsa.

SEORANG wanita selamat menjalani pembedahan mengeluarkan handle motosikal dari rahimnya.

Wanita berusia 30 tahun itu dikejarkan ke Hospital MY di Indore, Madya Pradesh, tengah India dua hari lalu selepas mengadu sakit perut melampau.

Doktor melakukan ujian imbasan dan terkejut apabila menemui objek besar di dalam rahimnya.

Imbasan CT mengesahkan handle motosikal di dalam rahim, usus kecil dan pundi kencingnya.

Ibu enam anak itu kemudiannya diarahkan untuk menjalani pembedahan segera pada pagi Selasa lalu.

Seramai 19 doktor mengendalikan pembedahan selama empat jam itu untuk mengeluarkan objek tersebut.

Ibu enam anak itu diarahkan untuk menjalani pembedahan segera.

Menurut Dr Sonia Moses, wanita itu memberitahu objek tersebut dimasukkan ke dalam kemaluannya oleh suamniya ketika mabuk.

"Suami mangsa memberi amaran kepadanya untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.

"Objek itu berada di dalam rahimnya selama dua tahun dan sudah menjejaskan beberapa organ dalamannya.

"Rahimnya terhakis sepenuhnya, sebab itu ia terpaksa dibuang. Namun kami berjaya menyelamatkan pundi kencingnya," katanya.

Mangsa masih ditempatkan di ICU tetapi sudah sedarkan diri.

Suami mangsa bagaimanapun sudah ditahan polis. - Metro.co.uk

rahim, handle motosikal, mabuk

Artikel Lain