suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita sempat jerit 'saya mengandung' sebelum ditembak polis

Video insiden itu tular di media sosial.

SEORANG wanita didengar menjerit 'saya mengandung' sebelum ditembak polis.

Video perbalahan antara wanita dengan polis di Baytown, Texas tular di media sosial.

Polis Amerika Syarikat (AS) berkata identiti wanita itu tidak didedahkan tetapi siasatan sedang dijalankan.

Dalam video itu, wanita itu boleh didengar berkata dia sedang hamil sebelum ditembak.

Polis berkata wanita itu sempat menggunakan taser sebelum ditembak.

Jabatan Polis Baytown mendedahkan beberapa maklumat mengenai insiden itu yang dipercayai berlaku malam Isnin.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu betul-betul hamil atau sebaliknya.

Menurut KHOU-TV, wanita itu ditembak dan dibunuh pegawai tersebut. - Mirror.co.uk

jerit, hamil

Artikel Lain