suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Balas dendam pada bekas isteri, bapa pijak muka anak 20 bulan, kurung dalam sangkar anjing

Seorang bapa bertindak kejam memijak muka anaknya yang baru berusia satu setengah tahun. Foto AsiaWire

SEORANG bapa bertindak kejam apabila mengurung anak perempuannya yang masih kecil di dalam sangkar anjing.

Bukan sekadar itu, dia mengambil gambar anaknya dikurung di dalam sangkar dan menghantar foto berkenaan kepada bekas isteri bagi membalas dendam.

Bapa yang tidak berperikemanusiaan itu, Xu Qian turut dilihat memijak muka anaknya yang baru berusia 20 bulan.

Kejadian berlaku di kediamannya di Bandar Caitang di wilayah Guandon, selatan China.

Kerana mahu membalas dendam pada bekas isteri, anak turun dikurung dalam sangkar anjing. Foto AsiaWire

Antara gambar-gambar lain yang dihantar kepada ibu mangsa, Xu Ting termasuk foto jarak dekat menunjukkan lebam-lebam dan luka pada kulit anaknya.

Walaupun terdapat bukti terhadap Xu Qian, dia mungkin tidak dihukum kerana menurut polis, tindakannya itu disebabkan tekanan jiwa.

Dia sebelum ini didakwa kerana melakukan penderaan domestik. 

Polis menjalankan siasatan sebaik Xu Ting menerima gambar-gambar tersebut.

Mangsa berada di bawah jagaan bapanya sejak ibu bapa mereka berpisah tahun lalu. - Mirror UK

dera, pijak, sangkar anjing

Artikel Lain