suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya ada 1 penumpang, pesawat tetap terbang dari Lithuania ke Itali

Skrimantas Skrimaitis sempat merakam swafoto dalam pesawat kosong itu.

SETIAP kali menaiki pesawat yang dipenuhi penumpang lain, kita pastinya berasa kurang senang kerana terpaksa beratur dan menunggu giliran.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang lelaki dari Lithuania.

Sewaktu menaiki pesawat Boeing 737-800 baru-baru ini, dia terkejut apabila mendapati hanya dia seorang sahaja penumpang yang ada.

Skrimantas Skrimaitis yang menaiki pesawat dari Vilnius ke Bergamo, Itali itu ditemani dua juruterbang dan lima krew kabin.

Kejadian berlaku sewaktu dia dalam perjalanan untuk bercuti pada 16 Mac lalu.

Sewaktu ditemubual, lelaki itu menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai peluang sekali seumur hidup.

Pesawat itu mampu membawa 188 penumpang pada satu-satu masa.

Dalam penerbangan itu, Skrimantas sempat merakam swafoto dirinya sambil tersenyum. - Miami Herald.

 

Artikel Lain