suria

Dimarahi ibu bapa, pelajar perempuan sempat tukar gambar profil sebelum bunuh diri

Pistol A.38 revolver ditemui di bilik pelajar perempuan berkenaan.

SEORANG pelajar gred sepuluh di Pathum Thani, Bangkok menukar profil Facebook sebelum membunuh diri pada Ahad.

Polis memberitahu, pelajar perempuan dari Sekolah Wat Phra Si Mahathat itu ditemui mati di bilik rumahnya yang terletak di daerah Thanya Buri, Pathum Thani, Thailand.

Pihak polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver A.38 berhampiran pelajar itu.

Kejadian itu dimaklumkan kepada polis oleh ahli keluarga pelajar tersebut dan doktor mengesahkan gadis itu telah mati dua jam sebelum dimaklumkan.

Polis juga menyatakan, pelajar perempuan sempat menukar profil Facebook dengan sebuah gambar berlatarbelakangkan warna hitam dengan tulisan putih sebelum membunuh diri.

Mesej berbunyi:"Saya mohon maaf untuk segalanya. Mohon maaf kerana ia sudah terjadi begini. Maaf kepada yang ketinggalan. Maaf...," tulisnya sebelum membunuh diri.

Ketua Polis Prathunam Chulalongkorn, Pol Col Panyapat Dejchotepisit memberitahu, sebelum kejadian ibu bapa pelajar itu telah memarahi anak perempuan mereka kerana tidak menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan sentiasa menghabiskan masa di media sosial.

Mayat pelajar perempuan itu dihantar ke hospital Universiti Thammasat untuk dibedah siasat.-The Star/The Asian/ Asia News Network

bunuh diri, tembak, bangkok

Artikel Lain