suria

Wanita dihalang masuk subway kerana solekan ala gothic, ribuan netizen tampil tanda solidariti

KOMUNITI ala gothic di China tampil memprotes secara dalam talian selepas seorang wanita diarah supaya membersihkan solekan pada wajahnya sebelum dibenarkan memasuki kawasan subway atau kereta api bawah tanah.

Wanita berkenaan yang tidak dinamakan telah memuat naik di media sosial mengenai insiden dihalang pengawal keselamatan di selatan Guangzhou daripada meneruskan perjalanan kecuali dia menanggalkan solekan gaya gothic.

Walaupun tidak membawa sebarang barang yang dilarang, wanita itu dikatakan boleh mengganggu penumpang lain dengan gaya solekannya itu.

Susulan penyebaran posting itu, pengguna Weibo mula menggunakan hastag #ASelfieForTheGuangzhouMetro dan berkongsi gambar mereka dengan gaya gothic sama ada solekan dan juga berpakaian.

Walaupun pihak pengurusan perkhidmatan kereta api itu telah memohon maaf, namun netizen masih mempertikaikan tindakan pengawal keselamatan terbabit serta kebebasan berpakaian ketika menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Kejadian pada 10 Mac itu berlaku apabila wanita berkenaan mengenakan lipstik dan solekan mata warna gelap.

Susulan itu, wanita berkenaan mencabar pihak berkuasa untuk memaklumkan undang-undang yang digunapakai hingga membuang masanya ketika menghalangnya menggunakan perkhidmatan awam itu.

Hasil siasatan dalaman, pihak pengurusan perkhidmatan itu telah menggantung tugas pengawal keselamatan berkenaan.

Posting wanita itu telah dikongsi lebih 5,000 kali  dengan netizen memuat naik gambar mereka berpenampilan ala gothic sebagai langkah solidariti terhadap mangsa insiden itu.-bbc.com





ghotik, subway, China

Artikel Lain