suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umpama Messi, Ronaldo...Armando catat rekod dibida RM5.4 juta!

BURUNG merpati ini mencatat rekod apabila dijual pada harga tertinggi, lebih £1 juta (RM5.4 juta).

Pemiliknya Joel Verschoot telah menjual Armando menerusi acara lelongan selepas melalui proses bidaan selama dua minggu.

Pengendali acara lelongan di Britain itu, Pipa mengesahkan ia dijual pada harga £1.07 juta.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Pipa, Nikolaas Gyselbrecht memberitahu BBC, burung merpati itu mencatat rekod yang sukar dicapai unggas lain.

"Jika dalam arena bola sepak ia umpama Messi dan Ronaldo, itulah tahapnya," katanya.

Harga jualan Armando meletakkannya sebagai burung paling berharga dijual secara lelongan dalam talian.

Sebelum ini, rekod yang dicatat pada November lalu iaitu pada kadar £322,000 (RM1.7 juta).

Armando telah menarik bidaan dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Belgium.

Dua pembina dari China antara yang berjaya meletakkan harga pada peringkat teringgi dalam tempoh dua minggu itu.-metro.co.uk


Armando, merpati

Artikel Lain